SOTO AYAM NASI IMPIT ...Juadah hari ke-12 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Juadah untuk berbuka untuk hari ke 12 Ramadhan saya sediakan 'SOTO AYAM dengan NASI IMPIT'.
Dah lama benar tak makan soto ayam.
Sebelum-sebelum ini saya pernah menyediakan soto menggunakan rempah yang di import dari Johor ia-itu rempah 'Mak Pon'.
Itu pon setelah merasa masakan 'X OfficeMate' semasa jamuan PortLuck.
Sedap rempah tu...

Tapi selepas mencuba resepi Soto yang dikongsikan oleh Puan Lina Zubir terus selera saya melekat pada resepi ini.
Memang marvelous. Nak masak pon tak susah.



KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang)

Bahan A
1 ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan  proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan  sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A dan rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)


SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
1 camca besar gula putih (saya tambah)
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih (saya tambah)


BERGEDIL
2 biji ubi kentang US yang bersaiz besar (direbus bersama kulit sehingga empuk, dikupas dan dilenyek halus)
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati 'ayam'
1 camca besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 biji telur ayam + 2 camca besar air (dikocak)

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sehingga rata.
2. Ambil sejemput dari adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Culup 'jemput' bergedil dalam telur dan goreng sehingga keperangan.


BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

* Selamat Berbuka Puasa...



No comments:

Powered by Blogger.